LATAR BELAKANG | Background

Pusat kajian ini telah ditubuhkan pada bulan Jun 1996 di atas landasan kerja Lukisan Terukur yang telah dihasilkan oleh para pelajar di Jabatan Senibina, Universiti Teknologi Malaysia kerana kekhuatiran akan kehilangan warisan senibina Malaysia. Usaha mendokumentasikan bangunan-bangunan tradisional telah bermula sejak tahun 1975 lagi dan kerja-kerja mengenal pasti, mengklasifikasi dan menganalisa pada peringkat sarjana muda dan sarjana telah pun dijalankan. Kini KALAM mempunyai lebih daripada 400 buah bangunan seperti rumah kediaman, istana, masjid, bangunan awam, bangunan komersil, wakaf, madrasah dan makam,

LATARBELAKANG DAN PERANAN KALAM

Pusat kajian ini dilahirkan di atas kesedaran dan kepentingan usaha memahami aspek alam bina di dalam Dunia Mealyu yang merentas dari benua Asia ke kepulauan Pasifik. Pusat kajian ini ditubuhkan khusus untuk menjalankan penyelidikan bagi memahami dengan lebih terperinci faktor-faktor yang mempengaruhi pertalian di antara rupabentuk penempatan dan penduduk di dalam Dunia Melayu ini. Kebanyakkan perancangan penempatan kini berasakan konsep perancangan barat yang terhasil dari pergerakkan modenisme awal kurun ke 20. Pada akhir abad ke-20 ini timbul kesedaran bahawa walaupun terdapat kesamaan budaya kehidupan di antara bangsa-bangsa di dunia, setiap kaum masih berpegang tegush kepada adat dan agama yang diwarisi turun temurun. Kesedaran ini telah menghasilkan usaha suatu model perancangan yang mengambil kira warisan alam bina sesuatu kaum. Warisan alam bina dunia Melayu adalah kunci pengetahuan bagi mencorak rekabentuk bangunan dan penempatan masa kini dan masa hadapan. Oleh itu, KALAM memainkan peranan seperti berikut:

Menyediakan maklumat bagi membantu proses penghasilan perancangan penempatan dan rekabentuk bangunan yang lebih sempurna dari konteks kesinambungan budaya hidup di dalam Dunia Melayu.

OBJEKTIF

  1. Mendokumentasi bangunan dan aspek-aspek alam bina dengan tujuan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi rekabentuk
  2. Membuat analisis terperinci terhadap data sejarah ini bagi tujuan mengenal pasti aspek-aspek warisan alam bina yang boleh diasimilasikan dan diadaptasi di dalam rekabentuk bangunan dan alam bina masa kini dan masa hadapan yang dapat mewujudkan kesinambungan budaya hidup
  3. Mendidik masyarakat umum dan professional akan kepentingan memahami warisan alam bina dari perspektif potensinya untuk mewujudkan perkembangan positif

VISI:  Menjadi pusat rujukan antarabangsa mengenai alam bina dunia Melayu

MISI: Mempelopori pembangunan lestari budaya dan memelihara senibina warisan di dunia Melayu

MOTO: membentuk masa hadapan melalui khazanah

 

INTRODUCTION

The Centre was set up in June 1996 on the foundation of numerous intricate measured drawing works done by the students of the Department of Architecture out of concern for the rapid disintegration and elimination of Malaysia ‘s architectural heritage. With the accumulation of these works since 1975 (over 350 buildings documented), the research towards the identification, classification and analysis of the architectural heritage was established through undergraduate and post-graduate studies.

BACKGROUND AND ROLE OF KALAM

To provide information that would aid the process of planning settlements and the design of buildings which is more suited to the context and continuity of the cultures of the Malay World.

The Centre came into being out of a wider concern for the understanding of the Malay World which stretches out to a greater part of the Asian continent and the Pacific archipelago. The Centre was set up for the sole purpose of conducting research towards a better understanding of the factors influencing the relationship between built form and the many cultures of the Malay World. Much of the planning of cities and settlements in this part of the world were based primarily on Western planning concepts from the early modernist movements during the early part of the twentieth century. These planning concepts were rooted in the idea of progressivism which is premised on the notion that there would eventually exist a common global culture amongst all the inhabitants of the world. These final years of the twentieth century has seen the inevitable fact that although there exist some similarities amongst the various cultures of the modern world, each culture still holds strongly to some form of traditional belief system.

This realization brought about the idea that the planning of settlements must take into account the peculiarities of certain race and culture. The heritage of built environment in the Malay World holds many keys to the better understanding of eternal design principles and lessons of crucial use to the present concerns of buildings and cities.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>